Apa Itu RSKU dan Siapa Yang Layak?
RSKU atau Skim Selangorku adalah inisiatif kerajaan negeri Selangor untuk membantu rakyat Malaysia memiliki rumah pertama dengan harga mampu milik. Jika anda sedang mencari rumah di Selangor dengan harga bawah pasaran, RSKU adalah pilihan terbaik.
Program ini menawarkan pelbagai jenis perumahan termasuk apartment, kondominium, teres, townhouse dan semi-D. Harga rumah RSKU biasanya antara RM230,000 hingga RM700,000, bergantung kepada lokasi dan jenis unit.
Syarat Kelayakan RSKU 2026
Sebelum memohon RSKU, pastikan anda memenuhi syarat utama berikut:
- Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas
- Pembeli rumah pertama atau belum pernah memiliki rumah
- Bekerja atau tinggal di Selangor (keutamaan diberikan kepada penduduk Selangor)
- Pendapatan bulanan isi rumah mengikut had yang ditetapkan
- Tiada rekod hutang teruk (CCRIS/CTOS)
- Bank loan layak atau pembiyaan kerajaan
Had Pendapatan RSKU
Had pendapatan isi rumah semasa untuk RSKU berbeza mengikut jenis rumah:
- Jenis A: maksimum RM3,500 sebulan
- Jenis B: maksimum RM7,000 sebulan
- Jenis C: maksimum RM10,000 sebulan
- Jenis D: maksimum RM14,500 sebulan
- Jenis E / E Khas: pemohon bujang maksimum RM10,000 sebulan; pemohon berkahwin, pendapatan isi rumah gabungan suami dan isteri maksimum RM14,500 sebulan
Nota semakan semasa: Had Jenis A–E di atas dirujuk kepada FAQ semasa LPHS. Pecahan Jenis E bujang RM10,000 ialah panduan saringan semasa yang dibekalkan kepada RSKU.com.my, bukan pecahan yang dinyatakan berasingan dalam FAQ. Kriteria projek dan kategori boleh berubah; semak kelayakan rasmi akhir terus di eHartanah LPHS.
Cara Mohon RSKU 2026
- Pilih projek RSKU yang anda minati di laman kami
- Semak syarat rasmi melalui saluran kerajaan berkaitan
- Sediakan dokumen seperti MyKad, slip gaji, penyata bank dan EA form
- Gunakan saluran rasmi kerajaan atau pemaju yang berkaitan
- Tunggu keputusan bank dan pihak berkuasa
- Tandatangan kontrak dan bayar deposit
Kira Status Kelayakan Anda
Sebelum memohon, pastikan anda tahu status kelayakan kewangan anda. Anda boleh menggunakan kalkulator kelayakan pinjaman perumahan untuk menganggarkan berapa banyak yang bank boleh pinjamkan.
Contoh kiraan mudah:
- Gaji bersih: RM4,000
- Purata bank loan: 4-5x gaji tahunan
- Jumlah layak: RM192,000 – RM240,000
Dengan RM4,000 sebulan, anda mungkin layak memohon rumah RSKU dalam range RM200,000 – RM300,000. Untuk rumah lebih mahal, anda perlu pendapatan bersih isi rumah yang lebih tinggi atau deposit yang lebih besar.
5 Tips Lulus Kelayakan RSKU
- Jaga rekod kredit – Bayar hutang kad kredit dan loan tepat masa
- Jangan tukar kerja sebelum loan diluluskan
- Kurangkan komitmen hutang seperti personal loan dan kereta
- Simpan deposit sekurang-kurangnya 5-10% harga rumah
- Mohon dengan dokumen lengkap untuk proses yang lebih laju
Projek RSKU Terkini 2026
Rumah Selangorku menyenaraikan lebih daripada 120 projek RSKU di seluruh Selangor termasuk Shah Alam, Puchong, Kajang, Rawang, Dengkil, Pulau Indah dan banyak lagi. Setiap projek dilengkapi dengan maklumat harga, lokasi, saiz unit dan kemudahan.
Soalan Lazim (FAQ)
Adakah pembeli kedua layak mohon RSKU?
Tidak. RSKU adalah untuk pembeli rumah pertama sahaja. Anda mesti tidak pernah memiliki apa-apa hartanah.
Boleh kah saya mohon RSKU jika bekerja di KL?
Ya, jika anda tinggal di Selangor atau berhak menjadi penduduk Selangor. Keutamaan diberikan kepada penduduk Selangor.
Berapa lama proses kelulusan RSKU?
Proses biasanya mengambil masa 2-4 minggu untuk semakan awam dan 1-3 bulan untuk kelulusan bank penuh.
Kesimpulan
RSKU adalah peluang terbaik untuk memiliki rumah pertama di Selangor pada harga mampu milik. Pastikan anda memahami syarat kelayakan, sediakan dokumen lengkap dan jaga rekod kewangan dengan baik.
Jika anda masih tidak pasti status kelayakan anda, hubungi kami untuk konsultasi percuma. Pasukan Rumah Selangorku sedia membantu anda dari A hingga Z.
📱 WhatsApp Kami untuk Konsultasi Percuma
Had perkhidmatan: Kandungan ini ialah penerangan umum. RSKU.com.my tidak mempunyai akses kepada akaun/status eHartanah, tidak menentukan kelayakan, tidak menghantar permohonan rasmi bagi pihak pengguna dan tidak menjamin kelulusan LPHS, pemaju atau pembiayaan bank.