Portal hartanah swasta: RSKU.com.my ialah portal maklumat, pemasaran dan pertanyaan hartanah swasta yang dikendalikan secara bebas. RSKU.com.my bukan portal rasmi LPHS, eHartanah atau Kerajaan Negeri Selangor dan tidak menerima, memproses atau meluluskan permohonan rasmi Rumah Selangorku. Untuk urusan rasmi, gunakan eHartanah LPHS. Borang dan WhatsApp kami hanya untuk pertanyaan projek, konsultasi atau lawatan.

Semak Bajet Rumah & Kalkulator Kelayakan Pinjaman (DSR)

Semak bajet rumah dengan enam soalan. Sila aktifkan JavaScript untuk menggunakan kalkulator.

Panduan Kira Kelayakan Pinjaman Perumahan & DSR (2026)

Selain menggunakan kalkulator interaktif di atas, jadual rujukan di bawah membantu anda menyemak anggaran bayaran bulanan bank dan pendapatan bersih minimum yang disarankan bagi pembelian rumah berharga antara RM200,000 hingga RM500,000.

Anggaran ansuran bulanan (pembiayaan 90%–100%, tempoh 35 tahun, kadar indikatif 4.0% setahun)
Harga RumahAnggaran Bulanan (90% Loan)Anggaran Bulanan (pembiayaan tertakluk kelulusan institusi kewangan)Gaji Bersih Disarankan (Tiada Komitmen Lain)Contoh Kategori Projek
RM200,000± RM797 / bulan± RM886 / bulanRM2,200 – RM2,600 / bulanResidensi MADANI Serunai (RM200K)
RM250,000± RM996 / bulan± RM1,107 / bulanRM2,800 – RM3,200 / bulanThe Wyn Puchong, Taman Jenderam Damai, Residensi Lestari Fasa 2
RM288,000 – RM290,000± RM1,150 / bulan± RM1,280 / bulanRM3,200 – RM3,700 / bulanRSKU Setia Alam, Residensi Begonia, Pangsapuri Jati
RM300,000± RM1,196 / bulan± RM1,328 / bulanRM3,400 – RM4,000 / bulanProjek Residensi Wilayah / RUMAWIP & PPAM
RM400,000± RM1,594 / bulan± RM1,771 / bulanRM4,500 – RM5,200 / bulanProjek Teres & Kondominium Pasaran Bebas
RM500,000± RM1,993 / bulan± RM2,214 / bulanRM5,500 – RM6,500 / bulanRumah Bertanah & Pembangunan Bercampur

Formula Kiraan DSR (Debt Service Ratio) Bank

Institusi kewangan di Malaysia menilai kelayakan pinjaman berdasarkan nisbah jumlah komitmen bulanan kepada pendapatan bersih:

Formula DSR (%) = (Jumlah Komitmen Bulanan Sedia Ada + Ansuran Rumah Baharu) ÷ Pendapatan Bersih Bulanan × 100%
Secara umum, had DSR yang selamat bagi pemohon berpendapatan di bawah RM5,000 ialah sekitar 60%, manakala bagi pendapatan melebihi RM5,000 ialah sekitar 65% hingga 70% (tertakluk kepada polisi setiap bank dan rekod CCRIS/CTOS).

Soalan Lazim Kiraan Kelayakan Pinjaman

Bolehkah saya gabung gaji (joint loan) dengan pasangan untuk membeli Rumah Selangorku?

Ya. Kebanyakan bank membenarkan pinjaman bersama suami isteri untuk meningkatkan kelayakan DSR. Walau bagaimanapun, bagi permohonan Rumah Selangorku (RSKU), pastikan jumlah pendapatan kasar gabungan isi rumah masih berada di bawah had maksimum LPHS (sehingga RM14,500 sebulan bagi Jenis D/E). Rujuk Syarat & Kelayakan RSKU.

Adakah pinjaman 100% (Skim Jaminan Kredit Perumahan / SJKP) tersedia untuk pembeli rumah pertama?

Pembeli rumah pertama termasuk mereka yang mempunyai pendapatan tidak tetap (gig/bekerja sendiri) boleh memohon pembiayaan sehingga 100% melalui institusi kewangan yang mengambil bahagian dalam Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) atau pakej pembiayaan rumah pertama bank, tertakluk kepada penilaian kredit semasa.

Scroll to Top
💬
Kira DSR Daftar Viewing WhatsApp