Freehold vs Leasehold — Mana Lebih Untung Untuk Pembeli Rumah?

Salah satu soalan paling kerap ditanya pembeli rumah: Freehold atau Leasehold? Mana lebih untung? Jom kita bincang perbezaan dan kelebihan masing-masing.

Apa Itu Freehold?

Freehold bermaksud tanah dan rumah milik anda selama-lamanya. Tiada tempoh tamat — anda boleh mewariskan kepada anak cucu. Rumah freehold biasanya lebih mahal, tetapi projek RSKU terkini seperti di Setia Alam dan Shah Alam menawarkan freehold pada harga bawah RM300,000 — sangat berbaloi!

Apa Itu Leasehold?

Leasehold bermaksud anda memiliki rumah tetapi tanah pajakan daripada kerajaan untuk tempoh tertentu — biasanya 99 tahun. Selepas tempoh tamat, kena renew dengan bayaran premium. Kebanyakkan projek komersial dan kondominium di bandar adalah leasehold.

Kelebihan Freehold

  • Milik kekal — boleh diwariskan
  • Nilai hartanah lebih stabil dan meningkat
  • Urusan jual beli lebih mudah
  • Tiada perlu bayar premium renewal
  • Sesuai untuk simpanan jangka panjang

Kelebihan Leasehold

  • Harga lebih rendah — sesuai untuk bajet terhad
  • Banyak pilihan di lokasi strategik
  • Sesuai untuk tinggal 10-20 tahun, bukan warisan

Kesimpulan

Kalau ada pilihan, pilih freehold — lebih menguntungkan jangka panjang. Projek Rumah Selangorku (RSKU) adalah antara skim perumahan mampu milik yang menawarkan freehold pada harga berpatutan.

📞 Nak tahu projek freehold RSKU yang aktif? Hubungi 016-9809653 atau email rumahselangorku@rsku.org.

#Freehold #Leasehold #RumahMampuMilik #RSKU #SkimSelangorku #Selangor #HartanahMalaysia #BeliRumah #TipsHartanah #PanduanRumah