Dua skim perumahan mampu milik paling popular di Malaysia — Rumah Selangorku (RSKU) dan PR1MA. Ramai pembeli rumah pertama keliru nak pilih yang mana. Jom kita bandingkan secara terus.
1. Skop dan Liputan
RSKU hanya untuk penduduk Selangor dan dibawah seliaan MBI Selangor. PR1MApula untuk seluruh Malaysia di bawah kerajaan persekutuan. Kalau anda tinggal dan bekerja di Selangor, RSKU adalah pilihan terbaik dengan lebih banyak projek di lokasi strategik dalam negeri.
2. Harga
RSKU menawarkan harga dari RM42,000 (Jenis A) hingga RM300,000 (Jenis E). PR1MA pula biasanya antara RM100,000 hingga RM500,000 mengikut lokasi. Untuk rumah bawah RM300,000 di Selangor, RSKU jauh lebih kompetitif.
3. Status Tanah
Kebanyakan projek RSKU terkini adalah FREEHOLD — satu kelebihan besar! PR1MA juga ada yang freehold, tetapi banyak yang leasehold. Freehold bermakna rumah dan tanah milik anda selama-lamanya.
4. Specifikasi Rumah
Projek RSKU terbaru seperti di Setia Alam dan Shah Alam menawarkan specifikasi setanding kondominium komersial — kolam renang, gym, 24 jam keselamatan, dan parkir bawah tanah. PR1MA jugak ada kemudahan serupa tetapi bergantung kepada pemaju.
5. Tempoh Moratorium
RSKU mempunyai tempoh moratorium 10 tahun sebelum boleh dijual — ini untuk memastikan rumah didiami pemilik asal. PR1MA tempoh moratorium lebih panjang iaitu 10 tahun juga. Tetapi kedua-duanya membenarkan penyewaan dengan syarat tertentu.
Kesimpulan: Mana Lebih Untung?
Untuk pembeli di Selangor, RSKU menawarkan lebih nilai dengan harga lebih rendah, freehold, dan specifikasi setanding pasaran komersial. PR1MA pilihan baik jika anda mencari rumah di negeri lain.
📞 Nak tahu lebih lanjut? Konsultasi Percuma — Hubungi 016-9809653 atau email rumahselangorku@rsku.org.
#RumahSelangorku #RSKU #PR1MA #SkimSelangorku #RumahMampuMilik #Selangor #Freehold #BeliRumah #HartanahMalaysia #PerbandinganRumah