Ramai yang lambat proses permohonan RSKU sebab tak siapkan dokumen awal. Sebelum mohon, pastikan dokumen-dokumen ni dah siap semua. Senang nanti, permohonan cepat diproses.
1. Salinan Kad Pengenalan (IC)
Salinan IC pemohon dan pasangan (jika berkahwin) — depan dan belakang. Pastikan IC masih sah dan alamat terkini.
2. Slip Gaji 3 Bulan Terkini
Slip gaji untuk 3 bulan berturut-turut. Jika ada komisen atau elaun, sertakan slip yang menunjukkan jumlah tersebut. Untuk self-employed, penyata bank 6-12 bulan diperlukan.
3. Penyata Bank 3 Bulan
Penyata bank akaun gaji atau akaun simpanan untuk 3 bulan terkini. Bank nak nampak aliran masuk wang dan tabiat perbelanjaan anda.
4. Penyata KWSP
Cetak penyata KWSP terkini (i-Akaun). Bank guna ni untuk semak kestabilan pendapatan jangka panjang.
5. Penyata Cukai Pendapatan (EA Form)
EA Form atau Borang B untuk 2 tahun terkini. Kalau kerja tetap, EA Form dari majikan dah cukup.
6. Sijil Kahwin / Surat Beranak
Sijil kahwin jika berkahwin. Surat beranak anak (jika ada tanggungan) — untuk pengiraan komitmen.
7. Dokumen Tambahan
Surat tawaran kerja (jika baru bertukar), surat pengesahan majikan, dan apa-apa dokumen yang menyokong permohonan.
💡 Tip: Sediakan semua dalam bentuk digital (PDF/JPEG) untuk upload ke portal LPHS. Simpan salinan fizikal untuk rujukan.
📞 Nak semak dokumen anda sebelum mohon? Konsultasi Percuma — 016-9809653 / rumahselangorku@rsku.org.
#DokumenRSKU #PermohonanRSKU #RumahSelangorku #SkimSelangorku #RumahMampuMilik #Selangor #LPHS #BeliRumah #PanduanRSKU #Selangorku