Proses Pembelian Rumah Selangorku Langkah Demi Langkah

Ramai yang tanya — macam mana sebenarnya proses pembelian RSKU? Dari mula sampai dapat kunci, berapa lama? Jom saya terangkan step by step.

Langkah 1: Semak Kelayakan & Daftar LPHS (1-2 hari)

Lawati portal LPHS dan daftar akaun. Semak kelayakan dan pastikan semua dokumen (IC, slip gaji, penyata bank) sedia.

Langkah 2: Pilih & Mohon Projek (1-7 hari)

Pilih projek RSKU yang sesuai. Hantar permohonan secara online. Simpan nombor rujukan.

Langkah 3: Semakan & Pengesahan (2-4 minggu)

LPHS akan semak permohonan anda. Jika lulus, anda akan dapat notifikasi tawaran. Jangan lupa semak email dan portal LPHS selalu.

Langkah 4: Mohon Pinjaman Bank (2-4 minggu)

Bila dapat tawaran RSKU, terus mohon pinjaman perumahan. Untuk RSKU, bank biasanya lebih mudah luluskan kerana harga bawah pasaran. Mohon di 2-3 bank untuk bandingkan kadar faedah.

Langkah 5: Sign SPA & Perjanjian Pinjaman (1-2 minggu)

Selepas pinjaman lulus, anda akan sign Sale and Purchase Agreement (SPA) dan perjanjian pinjaman. Yuran guaman biasanya percuma untuk RSKU.

Langkah 6: Bayar Secara Ansuran (semasa pembinaan)

Untuk projek dalam pembinaan, bayaran akan dibuat secara ansuran ikut progress pembinaan. Bila projek dah siap, anda akan dapat kunci rumah!

Langkah 7: Dapat Kunci & Mula Installment Penuh

Ini saat paling dinanti! Bila projek dah dapat CF (Certificate of Fitness) atau CCC, anda akan dapat kunci rumah dan mula bayar installment penuh kepada bank.

📞 Perlu bantuan permohonan RSKU? Konsultasi Percuma016-9809653 / rumahselangorku@rsku.org.

#ProsesRSKU #PanduanRSKU #CaraMohonRSKU #RumahSelangorku #SkimSelangorku #BeliRumah #RumahPertama #Selangor #LPHS #RumahMampuMilik