Portal hartanah swasta: RSKU.com.my ialah portal maklumat, pemasaran dan pertanyaan hartanah swasta yang dikendalikan secara bebas. RSKU.com.my bukan portal rasmi LPHS, eHartanah atau Kerajaan Negeri Selangor dan tidak menerima, memproses atau meluluskan permohonan rasmi Rumah Selangorku. Untuk urusan rasmi, gunakan eHartanah LPHS. Borang dan WhatsApp kami hanya untuk pertanyaan projek, konsultasi atau lawatan.

Tentang RSKU.com.my

RSKU.com.my ialah portal maklumat, pemasaran dan pertanyaan hartanah swasta yang dikendalikan secara bebas. Laman ini menyusun maklumat projek perumahan, membantu pengguna membandingkan pilihan dan menerima pertanyaan berkaitan jualan atau lawatan projek.

Projek yang dipaparkan di RSKU.com.my mungkin melibatkan pelbagai pemaju, agensi, pasukan pemasaran atau rakan projek. Hubungan tersebut boleh berbeza mengikut projek dan tidak bermaksud mana-mana pihak tersebut memiliki atau mengendalikan keseluruhan RSKU.com.my.

Tiada hubungan kerajaan tersirat: RSKU.com.my bukan portal rasmi LPHS, eHartanah, Kerajaan Negeri Selangor, MBI atau KPKT. Kami tidak menerima, memproses, menentukan atau meluluskan permohonan rasmi Rumah Selangorku.

Apa yang kami lakukan

  • Menyediakan maklumat umum dan pautan projek.
  • Menjawab pertanyaan jualan dan mengatur lawatan apabila tersedia.
  • Memberi konsultasi umum tentang pilihan projek dan pembiayaan.

Apa yang kami tidak lakukan

  • Tidak mengakses akaun atau status eHartanah pengguna.
  • Tidak menjamin kelayakan, kelulusan, pembiayaan, unit atau harga.
  • Tidak bertindak sebagai LPHS atau agensi kerajaan.

Urusan rasmi Rumah Selangorku hendaklah dilakukan melalui eHartanah LPHS. Untuk menghubungi pasukan pengendali laman, gunakan halaman Hubungi Kami.

Metodologi Semakan Projek & Aliran Bantuan Pembeli RSKU.com.my

RSKU.com.my dibangunkan untuk membantu pembeli rumah pertama dan keluarga di Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya membuat keputusan pembelian secara berfakta, teratur dan selamat. Setiap halaman projek di dalam direktori kami menyusun maklumat rujukan mengikut 4 langkah semakan utama:

1. Semakan Bajet & DSR

Membantu pembeli mengira nisbah khidmat hutang (DSR) dan baki gaji bersih sebelum memilih unit.

2. Padanan Skim & Lokasi

Membandingkan syarat kelayakan RSKU (LPHS), PPAM, Residensi Wilayah (RUMAWIP) dan pasaran terbuka mengikut koridor kerja.

3. Lawatan Galeri Jualan

Menyelaras temu janji lawatan ke galeri jualan rasmi pemaju — lihat pelan unit dahulu, tiada paksaan membeli.

4. Panduan Dokumen Pembiayaan

Menyediakan senarai semak dokumen slip gaji, KWSP, LPPSA dan SJKP bagi melancarkan urusan bersama panel bank.

Prinsip Ketelusan & Penafian Portal Hartanah Swasta

  • Bukan Portal Rasmi Kerajaan: RSKU.com.my ialah portal maklumat, perbandingan projek dan koordinasi lawatan galeri hartanah swasta yang dikendalikan secara bebas. Kami bukan laman rasmi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) atau eHartanah (ehartanah.lphs.gov.my).
  • Tiada Caj Tersembunyi Kepada Pembeli: Penggunaan Kalkulator Semak Bajet Rumah, jadual perbandingan projek dan pendaftaran temu janji lawatan galeri di RSKU.com.my adalah percuma untuk pembeli.
  • Perlindungan Privasi Data: Maklumat yang dihantar melalui borang lawatan hanya digunakan untuk tujuan penyelarasan temu janji projek yang anda pilih mengikut Dasar Privasi kami.
Scroll to Top
💬
Kira DSR Daftar Viewing WhatsApp